JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
PANDUAN PERLAKSANAAN TUGAS
Jawatankuasa Pengawas
- Mengadakan pemilihan dan perlantikan pengawas sekolah.
- Melantik Jawatankuasa Pengawas dan barisan kepimpinan pengawas
- Mengatur, menasihatkan dan membimbing pengawas dalam melaksanakan tugas dari masa ke semasa.
- Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan pengawas Sekolah dari semasa ke semasa.
- Menjalankan mesyuarat JK Pengawas minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Disiplin Murid
- Mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin murid.
- Bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat murid-murid sekolah.
- Memberi nasihat dan amaran kepada murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
- Membuat keputusan menentukan hukuman ke atas murid yang melakukan kesalahan.
- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar.
- Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
- Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
- Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis perhubungan sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
- Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan dan waktu rehat.
- Memutuskan hukuman berdasarkan peraturan dan pekeliling yang ditetapkan oleh KPM.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Kantin Sekolah
- Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, singki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan.
- Menapis sebarang aduan, sungutan atau laporan daripada guru, kakitangan dan murid serta ibu bapa.
- Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
- Menyedia dan menyemak laporan kendiri kantin sekolah secara harian dan bulanan seperti yang ditetapkan.
- Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa.
- Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat.
- Menjadi panel pemilihan untuk membuka tender kantin sekolah.
- Menceriakan dan mencantikkan kantin sekolah.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Keselamatan, Kecemasan dan Kebakaran
- Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi.
- Mengadakan kawad kebakaran minima 2 kali setahun.
- Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam.
- Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas pelawat yang sah dari pihak pengawal keselamatan.
- Mencegah kes-kes gangsterisme dan peras ugut.
- Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal.
- Membuat semakan dan pemantauan secara berkala alat pemadam api.
- Membuat pemantauan berkala terhadap aspek-aspek keselamatan bangunan dan persekitaran yang boleh mengancam keselamatan murid di sekolah.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
- Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks /Bilik BOSS
- Menyimpan stok SPBT dan membuat semakan di awal dan akhir tahun.
- Memproses semua borang SPBT.
- Mengedar buku-buku teks kepada murid yang layak dan mengutip kembali buku teks pada akhir tahun daripada murid yang masuk atau bertukar sekolah.
- Menerima buku teks daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan merekodkan ke dalam buku stok.
- Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan SPBT.
- Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan pelupusan serta memaklumkan kepada semua guru dan murid.
- Memastikan murid–murid menjaga fizikal buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak.
- Membuat pemantauan berkala kepada kekemasan dan kebersihan buku teks dari masa ke semasa.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Kebersihan Tandas dan Bilik–Bilik Darjah.
- Mengawal selia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan.
- Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari.
- Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.
- Mengadakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan kebersihan dalam tandas dan bilik darjah.
- Mengadakan ceramah/taklimat kepada murid-murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas dan bilik darjah di sekolah.
- Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas dan bilik darjah sentiasa dijaga.
- Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan kebersihan yang ditetapkan.
- Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian permasalahan yang timbul
- Mengawal selia dan membuat pemantauan kebersihan bilik darjah dan bilik-bilik khas.
- Menyediakan borang penilaian pertandingan kebersihan kelas dan membuat pemantauan dari masa ke semasa.
- Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk setiap penggal.
- Mengaturkan majlis penyampaian hadiah pada setiap minggu/bulan bagi keceriaan kelas.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Keceriaan Sekolah
- Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.
- Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah.
- Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah.
- Menghubungi pihak lain untuk mendapatkan bantuan penanaman pokok.
- Mengadakan program keindahan sekolah dengan bantuan murid dan pekerja swasta.
- Menyediakan poster, banner, kata-kata hikmah yang sesuai serta membaikpulih cat dan lain-lain yang bersesuaian mengikut peruntukan kewangan yang ada.
- Membantu menghias pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Kesihatan Am, Rawatan Murid dan
Pergigian Murid serta Pencegahan Denggi
- Menguruskan dan mengawal selia bilik khas (bilik kesihatan) sebagai Pusat Operasi.
- Menguruskan bilik kesihatan supaya sentiasa bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit mengikut keperluan.
- Menguruskan dan menyelaraskan program kesihatan yang diaturkan oleh KKM.
- Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah.
- Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan dan pencegahan Denggi serta penyakit bawaan.
- Memaparkan info kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek.
- Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta dan pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah.
- Menubuhkan skuad Pencegahan Denggi Sekolah yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan guru.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Biasiswa dan KWAPM
- Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa dan bantuan KWPM Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara menggunakan wang biasiswa dan KWAPM .
- Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa daripada JPN dan KPM.
- Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa.
- Berhubung dengan Penolong Kanan HEM dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Pengurusan Murid Orang Asli (PMOA)
- Menyimpan rekod murid orang asli yang menerima bantuan daripada JAKOA atau bantuan Khas Murid Orang Asli .
- Memberi nasihat kepada penerima bantuan cara menggunakan wang bantuan berkenaan.
- Menyelaras dan menguruskan bantuan awal persekolahan murid orang asli.
- Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat berkaitan dengan murid orang asli daripada JPN dan KPM.
- Menyelaras buku akaun pemegang bantuan JKOA atau agensi yang berkaitan.
- Berhubung dengan Penolong Kanan HEM dan kerani tentang penerima bantuan yang masuk dan keluar sekolah
- Menyediakan dan menyimpan maklumat murid orang asli untuk keperluan dan tindakan dari masa ke semasa.
- Menyediakan laporan berkaitan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid orang asli.
- Menjadi pengantara antara unit-unit lain apabila melibatkan isu atau kes yang berkaitan dengan pelajar asli.
- Mengadakan program khas dan pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga berkaitan pembangunan potensi diri murid orang asli.
- Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Kebajikan dan Kutipan Sumbangan
- Menjaga kebajikan murid yang ada masalah.
- Merekodkan, menyimpan dan memfailkan semua dokumen atau maklumat yang berkaitan sumbangan.
- Menguruskan permohonan tuntutan atau insurans bagi murid yang layak .
- Mengadakan kutipan sumbangan yang melibatkan semua warga sekolah apabila berlaku sebarang musibah, bencana atau kematian dalam kalangan keluarga guru, kakitangan, pekerja swasta dan murid-murid.
- Menguruskan dan menyelaraskan kaedah kutipan sumbangan, bantuan kepada mangsa melalui pelbagai kaedah yang difikirkan sesuai.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Pengangkutan Sekolah
- Merekodkan dan menyimpan cara kehadiran murid ke sekolah.
- Merekodkan, menyimpan rekod bas sekolah dan pengusaha bas sekolah yang membawa murid pergi dan balik ke sekolah.
- Memaklumkan sebarang perubahan jadual waktu balik sekiranya berlaku sebarang perubahan waktu balik.
- Menyediakan surat pekeliling keselamatan bas pergi dan balik murid kepada semua pengusaha bas agar keselamatan murid terjamin.
- Memastikan bas sekolah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan akur dengan peraturan pengangkutan jalan.
- Membuat pemantauan dari masa ke semasa tentang pengangkutan murid pergi dan balik ke sekolah.
- Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah
- Menguruskan, menyelaraskan dan menjayakan perhimpunan rasmi sekolah.
- Menyediakan PA System dan kemudahan ICT yang berkesan untuk perhimpunan sekolah.
- Menyedia dan menyelaraskan aturcara perhimpunan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Merekodkan kehadiran guru di dalam perhimpunan rasmi.
- Memastikan keadaan perhimpunan terkawal dan teratur dengan kerjasama guru-guru disiplin dan pengawas sekolah.
- Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa
Jawatankuasa Bina Insan Sekolah
- Mengaturkan, menyelaraskan dan menjalankan program Bina Insan kepada semua murid dari masa ke semasa.
- Menentukan pengisian program bina insan selaras dengan perkembangan pembangunan potensi murid.
- Mengadakan Program Keislaman seperti Ihya Ramadan, pengimarahan surau dan pembangunan diri bagi murid-murid Islam serta program berkaitan hari kebesaran Islam.
- Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
- Melaksanakan tugas mengikut arahan pengetua dari masa ke semasa.