DASAR HAL EHWAL MURID
- Semua murid hendaklah mematuhi ketetapan peraturan dan arahan di sekolah.
- Semua murid wajib terlibat dalam semua aktiviti sekolah.
- Pelaksanaan, Pematuhan Peraturan dan Pembentukan Disiplin dan Sahsiah murid SMK Kampung Raja, Cameron Highlands adalah tanggungjawab semua guru kerana ‘Semua Guru adalah Guru Disiplin’.
- Semua guru bertanggungjawab menjaga aspek keselamatan, kesihatan, kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan murid bagi meningkatkan tahap kecemerlangan murid dari segi akademik dan sahsiah.
- Guru Kelas bertanggungjawab menanda kedatangan murid pada setiap pagi dalam buku Jadual Kedatangan Murid (JKM) dan aplikasi pangkalan data murid (APDM), dan menghantar JKM ke pejabat selewat-lewatnya waktu kedua.
- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid adalah setiausaha Hal Ehwal Murid yang dibantu oleh seorang guru bertanggungjawab dalam pengurusan Hal Ehwal Murid merangkumi unit-unit yang berkaitan dengan kebajikan, keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid.
- Setiap unit di bawah Hal Ehwal Murid mempunyai Jawatankuasa yang bertanggungjawab berdasarkan ketetapan bidang tugas dan dikehendaki menyediakan perancangan tahunan.
- Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) berfungsi dan berperanan dalam menangani isu-isu permasalahan murid dan warga sekolah berdasarkan Pekeliling dan Arahan yang telah ditetapkan; sentiasa peka dan prihatin terhadap perkembangan psikologi murid melalui perkhidmatan UBK.
- Segala tindakan dan dendaan kepada murid perlu dirujuk kepada Pekeliling dan Arahan yang telah ditetapkan.
- Agihan Buku Teks kepada semua murid dan memastikan murid menggunakan dan menjaga keselamatan serta kebersihan buku-buku tersebut dengan seliaan guru.
- Sentiasa menjaga keselamatan dan kebajikan murid di sekolah.
- Agihan borang biasiswa dan bantuan dilakukan secara adil tanpa prejudis dan pilih kasih.
- Melaksanakan Program Bina Insan yang terarah kepada kemenjadian murid.
MATLAMAT
MEMBANGUNKAN GENERASI YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK KE ARAH KEMENJADIAN MURID YANG CEMERLANG
OBJEKTIF
- MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG SAHSIAH PERIBADI
- INDEKS PETUNJUK PRESTASI (KPI) 95 PERATUS KEHADIRAN MURID
- SIFAR KES DISIPLIN
- SEMANGAT JATI DIRI YANG MAPAN DAN BERSATU PADU
FOKUS
BUDAYA PENYAYANG DAN EMPATI KE ARAH PEMBANGUNAN PERSONALITI YANG UNGGUL DAN SAHSIAH MURNI MEMBAWA KEJAYAAN SEKOLAH