Skip to toolbar

Sejarah Pentadbiran

“Jasamu Dikenang, Baktimu Terbilang”

Encik Ooi Teck Gee
Beliau adalah pengetua SEMEKAR pertama pada tahun 1984 hingga 1986, berasal dari Bentong, Pahang.Beliau merupakan seorang pengetua yang berkaliber dan tegas dalam menentukan arah tuju sekolah ini sehingga mencapai kecemerlangan hari ini.

Encik Muhammad Tahir bin Haji Ismail
Beliau berasal dari Raub, Pahang dan telah mentadbir SEMEKAR pada tahun 1986 hingga 1991. Beliau membawa banyak perubahan dalam memastikan masyarakat Kampung Raja mendapat pendidikan sempurna di peringkat menengah. SEMEKAR berrtuah mendapat pengetua yang cekap dalam mengurus dan mentadbir sekolah.

Encik Leong Tak Man
Beliau telah memangku jawatan pengetua selama lebih kurang dua tahun. Seorang yang tegas dan sangat mementingkan disiplin terhadap para pelajar. Beliau juga seorang pengetua yang sangat mesra dengan guru-guru dan kakitangan sekolah.

Encik Foo Wee Meng
Beliau berasal dari Melaka dan dilahirkan pada 16 Oktober 1946. Beliau merupakan lulusan Maktab Perguruan Pulau Pinang dalam pengkhususan Matematik dan Sains. Perkhidmatannya sebagai guru bermula pada 1 Mac 1988.

Puan Hasnah binti Mohamad Idris
SEMEKAR melakar sejarahnya yang tersendiri apabila menerima seorang pengetua wanita pertama berasal dari Ipoh, Perak. Beliau mula berkhidmat di SEMEKAR pada 1 Jan 1992.

Encik Low Kong
Pengetua berikutnya berasal dari Cameron Highlands. Seorang yang baik dan sangat mesra dengan guru-guru. Tarikh pentadbirannya tidak dapat dipastikan. Walaupun beliau telah bersara namun jiwa pendidiknya masih utuh memberikan perkhidmatan kelas tuisyen untuk para pelajar yang memerlukan. Beliau kini bermastautin di Raub.

Encik Yong Leong Meng
Beliau ialah anak tempatan Kampung Raja yang telah mentadbir SEMEKAR pada tahun 2000 hingga 2006. Kehadirannya disenangi masyarakat tempatan dan guru-guru. Beliau merupakan seorang pengetua yang bijak dan mementingkan pencapaian pelajar.

Encik Sudar bin Kiman, AMP.
Beliau berkhidmat di SEMEKAR pada April 2008 hingga Mac 2009 sebelum menyambung tugas di Jabatan Pelajaran Pahang. Beliau adalah seorang pengetua yang berdedikasi dan bersemangat tinggi. Sepanjang pentadbiran beliau, banyak pembaharuan dan penambahbaikan telah dilaksanakan.

Puan Nachammal a/p Nacimuthu
Beliau dilantik menjadi pengetua SEMEKAR pada 1 Mac 2009 hingga 16 Julai 2015 sebelum menyambung tugas menjadi pengetua di SMK Sultan Ahmad Shah,Tanah Rata. Beliau amat dikenali kerana bersifat pengasih dan berdedikasi bukan sahaja kepada murid-murid malah guru-guru serta masyarakat setempat.

Encik Ismail Bin Abas
Beliau dilantik menjadi pengetua SEMEKAR pada 1 September 2015 hingga 4 Jun 2018 sebelum ke SMK Jengka 16, Bndr Tun Razak Jengka, Pahang. Beliau amat dikenali kerana berdedikasi bukan sahaja kepada murid-murid malah guru-guru serta masyarakat setempat.