Bahawa kami warga pendidikan SMK Kampung Raja dengan penuh tekad & iltizam berikrar dan berjanji akan memberi perkhidmatan yang baik kepada :
Murid
- Mempastikan semua murid menerima pengajaran dan pembelajaran mengikut masa yang di tetapkan.
- Semua murid akan dilayan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama
- Semua murid akan dilayan dengan mesra apabila berurusan dengan sekolah.
- Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan akan diberikan kepada yang layak.
- Berpeluang menyertai semua program sekolah di peringkat zon, negeri dan kebangsaan bagi yang layak.
Guru & Staf
- Guru dan staf dapat bekerja dalam suasana yang kondusif.
- Guru dan staf baharu mendapat gaji dalam tempoh 3 bulan.
- Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
- Guru dapat mengajar mengikut opsyen.
- Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 3 hari selepas menerima maklumat perubahan.
- Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh stake holder.
Ibubapa
- Akan dilayan sama adil tanpa mengira status.
- Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
- Setiap cadangan/usul yang relevan dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.
- Permohonan untuk bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari.
Stake Holder
- Memastikan semua arahan KPM/JPN/PPD melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.
- Semua surat KPM/JPN/PPD akan dijawab dalam masa 3 hari jika diperlukan.
Sekiranya anda kurang berpuashati atas perkhidmatan yang diberi, sila berjumpa atau hubungi Pengetua di talian 05 – 498 1971 atau email : cea1001@moe.edu.my