Skip to toolbar

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2016

PENDAHULUAN

Kem Kepimpinan Pengawas 2016 SMK Kampung Raja telahpun sempurna dijalankan pada 15 – 17 Julai 2016 bertempat di Kem Ayer Itam, Batu Kurau, Perak. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani, memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin

OBJEKTIF

1. Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.
2. Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuai untuk digunakan sebagai pemimpin.
3. Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.
4. Pelajar dapat memimpin dengan penuh keyakinan.
5. Pelajar sedar potensi yang ada dalam diri mereka untuk bergelar sebagai pemimpin JUARA.

PESERTA
– 72 orang pengawas tingkatan 1,2,3 dan 4
– 9 orang AJK tertingti pengawas tingkatan 5 yang bertindak sebagai fasilitator
TARIKH, MASA, TEMPAT DAN KELOLAAN
Tarikh : 15 – 17 Julai 2016 (Jumaat- Ahad)
Masa : 3 hari 2 malam
Tempat : Kem Ayer Itam, Batu Kurau, Perak
Kelolaan : Unit Pengawas dan Unit Disiplin SMK Kampung Raja

JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : En. Ismail Bin Abas (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En Abd Rahman Bin Hussain (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Cik Heng Siew Fong (PK Pentadbiran)
En. Idham Shahring Bin Abd. Manaf(PK Kokurikulum)
Penyelaras/Setiausaha Kem : En. Anuar Bin Ab. Ghani (Setiauasa Unit Pengawas)
Ahli Jawatankuasa : En. Che Nasir Bin. Che Rashid( Kem Komandan), Puan Erwani Binti Kamarudin, En. Roslan Bin Muhammad, Pn. Khor SF, Cik Rosliha Binti Abdul Halim, En. Baharun Bin Abd. Razak, En. Chuink Teck Hwa, Cik Nurul Hanim Binti Nasir, En. Kamaruddin Bin Mat Ali, Puan Normarlini Binti Abdullah

AKTIVITI /PROGRAM

1. Ketahanan fizikal & Mental : berjalan malam, Jungle trekking, Abseiling, Flying Fox
2. LDK/Gaya Kepimpinan : Motivasi Kepimpinan Pasukan, Komunikasi Kumpulan, Potensi Kumpulan, Pemimpin Yang Unggul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.