Skip to toolbar

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Cameron Highlands

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan di SMK Kampung Raja pada 04/02/2016, bersamaan dengan hari Khamis. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan untuk melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. Kejohanan ini juga diharapkan dapat membentuk murid yang progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis.

SMK Kampung Raja merupakan tuan rumah bagi Kejohanan Merentas Desa peringkat Daerah Cameron Highlands edisi 2016. Kejohanan pada tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan daripada 25 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah di dalam daerah Cameron Highlands. Di mana, sebanyak 285 orang peserta telah menyertai kejohanan merentas desa edisi 2016 ini.

Keputusan Akhir Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Cameron Highlands 2016

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.