Skip to toolbar

Majlis Pelancaran Program Penyayang

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah

  • Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.
  • Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
  • Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah
  • Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.

Kaedah pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara berterusan sepanjang tahun 2016 dan membudayakan warga sekolah. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut;
1. Pelancaran Program Guru Penyayang
2. Mengalu-alukan kehadiran murid
3. Program Mentor Mentee
4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)
5. Penghargaan kepada murid (kehadiran penuh bulanan)

Antara aktiviti yang dirancang

1.0 Aktiviti Mengalu-alukan murid
Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
a. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
b. Semasa murid datang ke sekolah / pulang dari sekolah
Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid;
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat sapaan;
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah
b. Lambaian pulang
c. Bertanya khabar
iii.Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah; Contoh; Membetulkan tali leher, Membetulkan butang baju dan lain-lain.
iv.Membuat publisiti/promosi

2.0 Program Mentor Mentee
Tujuan:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Membantu menyelesaikan masalah murid
Cadangan aktiviti:
Sesi ramah mesra / Sesi makan bersama / Meraikan hari lahir / Bimbingan hala tuju hidup / Lawatan atau ziarah keluarga / Sesi perkongsian masalah
Strategi pelaksanaannya;
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas (semua murid terlibat)
ii. Perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan dijadualkan
Pengisian semasa perjumpaan;
i. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
ii. Membimbing mentee mengatasi masalah
iii. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
iv. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri
Disenaraikan sebagai salah satu tugas guru di sekolah, Menyediakan profil setiap mentee

3.0 Penghargaan Kepada Murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)
Aktiviti meraikan murid;
i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak
iv. Guru meraikan murid dalam suasana kasih sayang
Antara kaedah yang boleh digunakan;
i. Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
ii. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan, contoh; Lagu Hari Lahir ,Lagu Perayaan utama
iii. Menghantar kad ucapan. Contoh: Kad Hari Lahir, Kad Hari Perayaan, Penanda Buku Hari Lahir
Aktiviti dilaksanakan semasa perhimpunan atau di dalam bilik darjah.

4.0 Penghargaan Kepada Murid (kehadiran penuh bulanan)
• Memberi penghargaan dalam bentuk sijil kepada murid yang hadir 100% pada setiap bulan sebagai satu galakan hadir ke sekolah
• Guru memberi sentuhan kasih sayang dengan memberi dorongan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.

Sekitar Pelancaran Program Guru Penyayang 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.