Objektif
Hari Sukan Negara adalah bertujuan untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi Kementerian Belia dan Sukan (kerajaan) bagi menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai rakyat yang sentiasa bersukan sehingga ia menjadi satu budaya hidup mereka demi mencapai perkara yang berikut :
i. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.
ii. Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.
iii. Menggalakkan pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
iv. Meningkatkan pengetahuan sukan di kalangan rakyat Malaysia.
v. Memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
Kesimpulan
Sambutan Hari Sukan Negara ini di harap menjadi sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan (Sporting Nation).
Tentatif Program Hari Sukan Negara 2015
0700 – 0800 : Ucapan Perasmian
0800 – 0900 : Senamrobik
0900 – 1000 : Walkathon
1000 – 1030 : Rehat
1030 – 1100 : Perlawanan Bola Sepak (Guru Perempuan Lawan Pelajar Perempuan)
1100 – 1130 : Perlawanan Bola Sepak (Guru & Staff Lelaki Lawan Pelajar Lelaki)
1130 – 1200 : Acara Penutup & Penyampaian HadiahGambar Aktiviti