Skip to toolbar

Program Taklimat Kemasukan Ke Tingkatan 6 & Matrikulasi

Pada 29/09/2015 satu Taklimat lengkap dan persediaan awal ke tingkatan enam / matrikulasi 2015 anjuran unit bimbingan & kaunseling smk kampung raja telah di adakan di Dewan Harmoni SMK Kampung Raja. Taklimat telah diberikan oleh Pn Mangai (GPK Ting 6) dan Pn Maznah selaku kaunselor. Kedua-dua penceramah dari SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.

Rasional program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang alternatif untuk meneruskan pelajaran mereka, sama ada memilih untuk ke tingkatan 6 atau pun matrikulasi. Tingkatan Enam adalah laluan mudah dan murah serta memberi banyak kelebihan kepada pelajar yang memilihnya. Matrikulasi juga merupakan salah satu cabang institusi pengajian yang menawarkan pendidikan kepada pelajar lepasan SPM ,khususnya kelas sains.

Di akhir program, diharap pelajar akan mendapat motivasi untuk meneruskan pelajaran di tingkatan 6. Pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Pelajar tahu hala tuju dan matlamat mereka selepas peperiksaaan.

Kelompok sasaran bagi program ini adalah semua pelajar tingkatan 5.

Gambar Aktiviti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.