Skip to toolbar

Pertandingan Melukis Sempena Karnival Seni Merdeka Raya

1.0 PENGENALAN

Pada masa sekarang cabaran untuk mendidik seseorang pelajar adalah satu tugas mencabar. Terutamanya dalam melahirkan insan yang berilmu dan berkeperibadian yang tinggi bagi membentuk insan yang kamil.
Justeru itu satu program yang bercorak kokurikulum yang menjurus aktiviti kesenian perlu dibuat agar pelajar dapat belajar dalam suasana yang seronok. Oleh itu melalui aktiviti yang melibatkan semua pelajar dan guru serta kakitangan sekolah yang bercorak kesenian perlu dilakukan untuk membentuk sikap bekerjasama dan agar dapat melahirkan Insan yang kreatif dan berani.

2.0 RASIONAL
Karnival ini perlu dilaksanakan untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti Seni Lukis terutamanya dalam mengasah bakat terpendam dan mengukuhkan kemahiran seni lukis serta berani untuk menterjemahkan idea-idea yang bermutu melalui aktiviti seni visual.

3.0 MATLAMAT
Karnival ini diharapkan nanti dapat mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang sihat dan menarik melalui aktiviti seni yang baik. Semangat sayangkan sekolah dapat dizahirkan melalui aktiviti seni ini.

4.0 OBJEKTIF
Pada akhir karnival ini semua pelajar yang terlibat akan:
4.1 Mempunyai keyakinan dalam menghasilkan karya seni lukis
4.2 Mengenalpasti bakat dan pemikiran yang kreatif dalam diri masing-masing.
4.3 Menjadikan seni lukis salah satu medium untuk menterjemahkan mesej.
4.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri masing-masing

5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah

6.0 TARIKH
19 OGOS 2015

7.0 TEMPAT
Dewan Harmoni SMK Kampung Raja

Penjelasan Tema Lukisan Pelajar Bagi Karnival Seni 2015:

Tingkatan 5.- Malaysia :WARISAN TRADISIONAL IDENTITI BANGSA.

Apa yang perlu pelajar lukis??

Antara idea yang dicadangkan :
1. Pakaian tradisional
2.Permainan tradisional
3.Makanan tradisional
4. Persembahan tradisional
* setiap lukisan digalakkan berlatar belakang bendera Malaysia

#################

Tingkatan 4 .- Malaysia : KEHARMONIAN MENJAMIN KEMAKMURAN.

Apa yang perlu pelajar lukis??

Antara idea yang dicadangkan :
1. Figura manusia berbilang kaum
2.Tempat-tempat ibadat setiap kaum
3.figura manusia berbilang kaum sedang menjalankan aktiviti bersama
* setiap lukisan digalakkkan berlatar belakang bendera Malaysia

#################

Tingkatan 3 – Malaysia : MAJU DAN PESAT MEMBANGUN

Apa yang perlu pelajar lukis??

Antara idea yang dicadangkan :
1.Reka bentuk bangunan-bangunan di Malaysia
2.Pelancaran angkasawan malaysia
* setiap lukisan digalakkan berlatar belakang bendera Malaysia

#################

Tingkatan 2 : Malaysia: KEINDAHAN TEMPAT PELANCONGAN

Apa yang perlu pelajar lukis??

Antara idea yang dicadangkan :
1. Rupa bentuk tempat pelancongan dan identiti sesuatu tempat yg menarik perhatian
2. Rupa bentuk tempat menarik di Cameron Highlands
3. Rupa bentuk tempat menarik di pulau
4. Reka bentuk litar sepang penganjuran Formula 1
* setiap lukisan digalakkkan berlatar belakang bendera Malaysia

#################

PY & Tingkatan 1: #SEHATI SEJIWA
Apa yang perlu pelajar lukis??

Antara idea yang dicadangkan :
1. Logo Hari Merdeka ke-58 dengan figura antara kaum
2. Log0 Hari Merdeka ke-58 dengan kemajuan reka bentuk bangunan di Malaysia

* setiap lukisan digalakkan berlatar belakang bendera Malaysia

Gambar Aktiviti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.