Panduan Pelaksanaan Tugas

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

PANDUAN PERLAKSANAAN TUGAS

Jawatankuasa Pengawas

  1. Mengadakan pemilihan dan perlantikan pengawas sekolah.
  2. Melantik Jawatankuasa Pengawas dan barisan kepimpinan pengawas
  3. Mengatur, menasihatkan dan membimbing pengawas dalam melaksanakan tugas dari masa ke semasa.
  4. Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan pengawas Sekolah dari semasa ke semasa.
  5. Menjalankan mesyuarat JK Pengawas minima 3 kali setahun.
  6. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Disiplin Murid

  1. Mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin murid.
  2. Bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat murid-murid sekolah.
  3. Memberi nasihat dan amaran kepada murid yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
  4. Membuat keputusan menentukan hukuman ke atas murid yang melakukan kesalahan.
  5. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar.
  6. Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
  7. Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
  8. Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis perhubungan sekolah dengan mengadakan ceramah, lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
  9. Membantu guru bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan dan waktu rehat.
  10. Memutuskan hukuman berdasarkan peraturan dan pekeliling yang ditetapkan oleh KPM.
  11. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  12. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Kantin Sekolah

  1. Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga, perabot kantin, singki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Menapis sebarang aduan, sungutan atau laporan daripada guru, kakitangan dan murid serta ibu bapa.
  3. Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
  4. Menyedia dan menyemak laporan kendiri kantin sekolah secara harian dan bulanan seperti yang ditetapkan.
  5. Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa.
  6. Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat.
  7. Menjadi panel pemilihan untuk membuka tender kantin sekolah.
  8. Menceriakan dan mencantikkan kantin sekolah.
  9. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  10. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Keselamatan, Kecemasan dan Kebakaran

  1. Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi.
  2. Mengadakan kawad kebakaran minima 2 kali setahun.
  3. Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam.
  4. Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas pelawat yang sah dari pihak pengawal keselamatan.
  5. Mencegah kes-kes gangsterisme dan peras ugut.
  6. Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal.
  7. Membuat semakan dan pemantauan secara berkala alat pemadam api.
  8. Membuat pemantauan berkala terhadap aspek-aspek keselamatan bangunan dan persekitaran yang boleh mengancam keselamatan murid di sekolah.
  9. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  10. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.
  11. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks /Bilik BOSS
  12. Menyimpan stok SPBT dan membuat semakan di awal dan akhir tahun.
  13. Memproses semua borang SPBT.
  14. Mengedar buku-buku teks kepada murid yang layak dan mengutip kembali buku teks pada akhir tahun daripada murid yang masuk atau bertukar sekolah.
  15. Menerima buku teks daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan merekodkan ke dalam buku stok.
  16. Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan SPBT.
  17. Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan pelupusan serta memaklumkan kepada semua guru dan murid.
  18. Memastikan murid–murid menjaga fizikal buku pinjaman dan menggantikan buku yang rosak.
  19. Membuat pemantauan berkala kepada kekemasan dan kebersihan buku teks dari masa ke semasa.
  20. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  21. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Kebersihan Tandas dan Bilik–Bilik Darjah.

  1. Mengawal selia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan.
  2. Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3 kali sehari.
  3. Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul.
  4. Mengadakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan kebersihan dalam tandas dan bilik darjah.
  5. Mengadakan ceramah/taklimat kepada murid-murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas dan bilik darjah di sekolah.
  6. Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas dan bilik darjah sentiasa dijaga.
  7. Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan kebersihan yang ditetapkan.
  8. Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian permasalahan yang timbul
  9. Mengawal selia dan membuat pemantauan kebersihan bilik darjah dan bilik-bilik khas.
  10. Menyediakan borang penilaian pertandingan kebersihan kelas dan membuat pemantauan dari masa ke semasa.
  11. Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang mencukupi untuk setiap penggal.
  12. Mengaturkan majlis penyampaian hadiah pada setiap minggu/bulan bagi keceriaan kelas.
  13. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  14. Melaksanakan tugas mengikut arahan pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Keceriaan Sekolah

  1. Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah.
  2. Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah.
  3. Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah.
  4. Menghubungi pihak lain untuk mendapatkan bantuan penanaman pokok.
  5. Mengadakan program keindahan sekolah dengan bantuan murid dan pekerja swasta.
  6. Menyediakan poster, banner, kata-kata hikmah yang sesuai serta membaikpulih cat dan lain-lain yang bersesuaian mengikut peruntukan kewangan yang ada.
  7. Membantu menghias pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah.
  8. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  9. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Kesihatan Am, Rawatan Murid dan

     Pergigian Murid serta Pencegahan Denggi

  1. Menguruskan dan mengawal selia bilik khas (bilik kesihatan) sebagai Pusat Operasi.
  2. Menguruskan bilik kesihatan supaya sentiasa bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit mengikut keperluan.
  3. Menguruskan dan menyelaraskan program kesihatan yang diaturkan oleh KKM.
  4. Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah.
  5. Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan dan pencegahan Denggi serta penyakit bawaan.
  6. Memaparkan info kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan menjaga kesihatan dari semua aspek.
  7. Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta dan pembasmian tempat pembiakan nyamuk di kawasan sekolah.
  8. Menubuhkan skuad Pencegahan Denggi Sekolah yang terdiri daripada murid-murid sekolah dan guru.
  9. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  10. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Biasiswa dan KWAPM

  1. Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa dan bantuan KWPM Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara menggunakan wang biasiswa dan KWAPM .
  2. Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa daripada JPN dan KPM.
  3. Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa.
  4. Berhubung dengan Penolong Kanan HEM dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan keluar sekolah.
  5. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  6. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

 

Jawatankuasa Pengurusan Murid Orang Asli (PMOA)

  1. Menyimpan rekod murid orang asli yang menerima bantuan daripada JAKOA atau bantuan Khas Murid Orang Asli .
  2. Memberi nasihat kepada penerima bantuan cara menggunakan wang bantuan berkenaan.
  3. Menyelaras dan menguruskan bantuan awal persekolahan murid orang asli.
  4. Berhubung dengan kerani sekolah tentang surat-menyurat berkaitan dengan murid orang asli daripada JPN dan KPM.
  5. Menyelaras buku akaun pemegang bantuan JKOA atau agensi yang berkaitan.
  6. Berhubung dengan Penolong Kanan HEM dan kerani tentang penerima bantuan yang masuk dan keluar sekolah
  7. Menyediakan dan menyimpan maklumat murid orang asli untuk keperluan dan tindakan dari masa ke semasa.
  8. Menyediakan laporan berkaitan perkara-perkara yang berkaitan dengan murid orang asli.
  9. Menjadi pengantara antara unit-unit lain apabila melibatkan isu atau kes yang berkaitan dengan pelajar asli.
  10. Mengadakan program khas dan pertemuan dengan ibu bapa atau penjaga berkaitan pembangunan potensi diri murid orang asli.
  11. Mengadakan mesyuarat minima 3 kali setahun.
  12. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Kebajikan dan Kutipan Sumbangan

  1. Menjaga kebajikan murid yang ada masalah.
  2. Merekodkan, menyimpan dan memfailkan semua dokumen atau maklumat yang berkaitan sumbangan.
  3. Menguruskan permohonan tuntutan atau insurans bagi murid yang layak .
  4. Mengadakan kutipan sumbangan yang melibatkan semua warga sekolah apabila berlaku sebarang musibah, bencana atau kematian dalam kalangan keluarga guru, kakitangan, pekerja swasta dan murid-murid.
  5. Menguruskan dan menyelaraskan kaedah kutipan sumbangan, bantuan kepada mangsa melalui pelbagai kaedah yang difikirkan sesuai.
  6. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Pengangkutan Sekolah

  1. Merekodkan dan menyimpan cara kehadiran murid ke sekolah.
  2. Merekodkan, menyimpan rekod bas sekolah dan pengusaha bas sekolah yang membawa murid pergi dan balik ke sekolah.
  3. Memaklumkan sebarang perubahan jadual waktu balik sekiranya berlaku sebarang perubahan waktu balik.
  4. Menyediakan surat pekeliling keselamatan bas pergi dan balik murid kepada semua pengusaha bas agar keselamatan murid terjamin.
  5. Memastikan bas sekolah mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan akur dengan peraturan pengangkutan jalan.
  6. Membuat pemantauan dari masa ke semasa tentang pengangkutan murid pergi dan balik ke sekolah.
  7. Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
  8. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Perhimpunan Sekolah

  1. Menguruskan, menyelaraskan dan menjayakan perhimpunan rasmi sekolah.
  2. Menyediakan PA System dan kemudahan ICT yang berkesan untuk perhimpunan sekolah.
  3. Menyedia dan menyelaraskan aturcara perhimpunan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  4. Merekodkan kehadiran guru di dalam perhimpunan rasmi.
  5. Memastikan keadaan perhimpunan terkawal dan teratur dengan kerjasama guru-guru disiplin dan pengawas sekolah.
  6. Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
  7. Melaksanakan tugas mengikut arahan Pengetua dari masa ke semasa

Jawatankuasa Bina Insan Sekolah

  1. Mengaturkan, menyelaraskan dan menjalankan program Bina Insan kepada semua murid dari masa ke semasa.
  2. Menentukan pengisian program bina insan selaras dengan perkembangan pembangunan potensi murid.
  3. Mengadakan Program Keislaman seperti Ihya Ramadan, pengimarahan surau dan pembangunan diri bagi murid-murid Islam serta program berkaitan hari kebesaran Islam.
  4. Mesyuarat Jawatankuasa minima 3 kali setahun.
  5. Melaksanakan tugas mengikut arahan pengetua dari masa ke semasa.