Sejarah Sekolah

S ekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja telah dibina oleh kerajaan di atas sebidang tanah yang seluas dua puluh ekar hasil pinjaman Bank Dunia pada 1983. Oleh kerana tapak penubuhannya adalah di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Raja maka sekolah yang dibina itu telah dinamakan SMK KAMPUNG RAJA.

S ekolah Menengah Kebangsaan Kampung Raja telah memulakan sesi persekolahannya pada tahun 1984. Encik Ooi Teik Gee merupakan Pengetua pertama. Lencana sekolah telah dihasilkan oleh Penolong Kanan iaitu Encik Hassan. Bentuk lencana dipilih berdasarkan keratan sekuntum bunga.

M oto lencana “BERKAT USAHA JAYA” membawa makna seseorang yang rajin berusaha akan berjaya pada akhirnya. Moto itu diletak melintang melambangkan selendang iaitu sejenis atau sebahagian pakaian kebangsaan Malaysia. Bentuk atau bunga atau daun di sudut bawah lencana itu menunjukkan Daerah Cameron Highlands kaya dengan tumbuh-tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan bunga. Bunga atau daun ini mempunyai empat belas kelopak yang dinyatakan bahawa sekolah ini mempunyai mata pelajaran Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga. Buku melambangkan pengetahuan, dan api membawa pengertian ilmu itu akan menerangi hidup pada masa hadapan. Warna kuning melambangkan pemerintahan DiRaja. Warna putih dan hitam menunjukkan sekolah ini terletak di negeri Pahang.

Tinggalkan Komen Anda