FAQ EPSA

Pendaftaran & Keahlian

Untuk mendaftar pada sistem EPSA®®, pengguna perlu mengklik butang "Pendaftaran Pengguna Baru". Pengguna dikehendaki mengisi maklumat yang diperlukan dan medan data yang bertanda (*) perlu diisikan. Setelah itu, pengguna akan menerima emel yang mengatakan pendaftaran adalah berjaya. Pengguna boleh menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang diberikan di dalam emel tersebut untuk mengakses sistem EPSA®®. Pendaftaran Keahlian EPSA®®hanya sekali dalam Perkhidmatan EPSA®.
Pengguna boleh mendaftar kursus di EPSA® melalui Course Catalog dengan langkah-langkah seperti berikut :
1. ‘Login’ ke EPSA®
2. Klik ke ‘Laman Pembelajaran’
3. Klik ‘Course Catalog’. Pengguna boleh melihat senarai kursus EPSA® mengikut kategori yang dipilih. Kursus hanya boleh didaftarkan 1 kali sahaja bagi setiap kursus.
Pegawai dan kakitangan kerajaan sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem EPSA®.
Pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA® dikehendaki menggunakan Emel Rasmi Jabatan. Sekiranya, pengguna tidak mempunyai Emel Rasmi Jabatan, maka surat sokongan yang menyatakan pengguna adalah merupakan pegawai atau kakitangan kerajaan perlu dihantar kepada Program E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®) untuk pengesahan.
Selepas login, pengguna hanya perlu mengemaskini informasi pengguna seperti e-mel dan alamat pada link Kemaskini Profil.

Cara Pembelajaran

Pembelajaran melalui EPSA®adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam 7 hari) dengan adanya capaian internet sama melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktiraf 1 hari bersamaan 6 jam melalui EPSA®. Sebagai contoh Kursus Amalan 5S bernilai 12 jam 6 bersamaan 2 hari kursus.
Cara pembelajaran melalui EPSA® adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna EPSA®. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna EPSA®.

Surat Tamat Kursus (STK)

Pengguna boleh mencetak sendiri Surat Tamat Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :
1. Klik ke ‘Laman Pembelajaran’
2. Klik pada menu ‘My Certificates’
3. Pilih tahun = tahun tamat kursus dan klik butang ‘Search’
4. Dipaparkan jadual kursus yang telah tamat. Klik ‘Print’
Syarat untuk mendapatkan Surat Tamat Kursus adalah mengikut criteria seperti berikut:
1. Pastikan Tiang Bar setiap topic dan sub-topik tamat/selesai.
2. Pastikan memenuhi ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’.

Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, ‘Tempoh Minimum Pembelajaran’ = 1 jam. Pengguna perlu menghabiskan kursus tersebut dalam tempoh masa >= 1 jam dan boleh diperiksa di ‘Progress Report’ atau ‘My Progress’. Pembelajaran dalam tempoh 1 jam boleh disambung pada hari berikutnya.
Bagi tujuan menulis kehadiran kursus Pembelajaran Kendiri melalui EPSA®, daripada Surat Tamat kursus terdapat Tarikh Tamat Kursus. Tarikh Mula Kursus adalah tarikh dianjak ke belakang daripada Tarikh Tamat Kursus. Sebagai Contoh Kursus Amalan 5 S, nilai jam kursus adalah 12 jam = 2 hari kursus. Tarikh Tamat Kursus adalah 9 April 2013, maka Tarikh Mula Kursus adalah 8 April 2013.
Pengguna masih tidak mencukupi syarat Tempoh Minimum Pembelajaran untuk kursus yang diambil. Sila lihat perkara berikut :
1. Lihat ‘Min. Learning Duration’ yang diperlukan dan bezakan ‘Actual total time spend’.
2. Klik ‘My Progress’ pada Laman Pembelajaran.
3. Klik butang ‘Launch’ untuk kembali belajar semula bagi mencukupi jumlah beza masa tersebut.
Sebagai contoh Kursus Amalan 5 S, periksa :
Tempoh Minimum Pembelajaran : 1 Jam
Actual total time spend : 59 minit
Beza Jumlah Masa : 1 minit

Pengguna perlu belajar kembali untuk mencukupkan masa lagi seminit.
Pengguna boleh mencetak Surat Tamat Kursus tanpa masalah dengan memastikan perkara berikut :
1) Pastikan komputer pengguna dilengkapi Adobe Reader.
Atau 2) Pastikan komputer anda membenarkan Pop-up Blocker.

Pengiktirafan

Bergantung kepada polisi jabatan/agensi masing-masing, namun menurut catitan daripada Mesyuarat Majlis Latihan Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Ogos 2008 telah merekodkan EPSA® sebagai salah satu kategori Program Latihan iaitu Pembelajaran Kendiri. JPA mengiktiraf kursus yang dijalankan melalui EPSA® adalah sebanyak 3 hari daripada 7 hari kursus setahun dengan kiraan 6 jam bersamaan dengan 1 hari kursus.

Lain-Lain

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, maka pengguna perlu klik hiperangkai "Forgot Password" di bawah petak Password. Sila masukkan E-mel Rasmi Jabatan dan ID Pengguna/No. Kad Pengenalan di dalam borang "Lupa Kata Laluan". Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada pengguna menerusi e-mel. Jika pengguna tidak menerima e-mel tersebut, maka pengguna boleh menghubungi Bantuan EPSA® di talian 03-20847777 samb. 7701/7702.