e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Sepintas Lalu

E-Pembelajaran Sektor Awam atau lebih dikenali sebagai EPSA® adalah portal pembelajaran secara online bagi penjawat awam Malaysia. EPSA® merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk penjawat awam dan merupakan model pendekatan latihan / pembelajaran secara kendiri yang boleh dicapai pada bila-bila masa dan di mana jua.

 

EPSA® adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang dimandatkan kepada INTAN untuk mempromosikan penggunaan ICT dalam pembelajaran yang berterusan dan sepanjang hayat di kalangan penjawat awam. Semua penjawat awam sama ada pra-perkhidmatan, dalam perkhidmatan atau pasca-perkhidmatan adalah layak menjadi ahli EPSA®. Pembelajaran melalui EPSA® adalah mudah, percuma dan tertakluk kepada polisi privasi yang telah ditetapkan.

 

Selain itu EPSA®membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa. Dalam era maklumat, keperluan untuk pembelajaran berterusan sepanjang hayat telah mewujudkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap pembelajaran adalah melebihi kapasiti kemampuan penyampaian secara tradisional di institusi-institusi latihan. Justeru, EPSA® adalah inspirasi yang dicetuskan oleh realiti bahawa keperluan penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah lebih mencabar dan tidak dapat ditampung menerusi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.

 

6 Komponen EPSA®