Program Penyayang

Program Penyayang

Program Penyayang
Pelaksanaan Guru Penyayang

Pada 21/04/2012 “Program Penyayang” telah di laksanakan. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

Penyayang merupakan teras utama dalam pelaksanaaan program ini. Penyayang itu sendiri membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.  Di harapkan semua guru dapat membudayakan amalan penyayang di sekolah.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Pelaksanaan program ini adalah berterusan. Program ini akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama  pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut :

1. Mengalu-alukan kehadiran murid
2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3. Memberikan penghargaan kepada murid

[box type="info"] klik pada imej untuk melihat gambar pada skala yang lebih besar[/box]
0 comments